TINJUAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR LORONG TIMUR (LORONG SEMPIT) YANG BAKAL DINAIKTARAF
19 Jun 2025, Khamis – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, telah mengadakan satu lawatan tapak ke Bazar Lorong Timur (Lorong Sempit), Jalan Tunku Ibrahim sebentar tadi. Lawatan tersebut diadakan bagi meninjau kawasan berkenaan yang bakal dinaik taraf tidak lama lagi.
Projek naik taraf ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk merancakkan kembali aktiviti perniagaan disitu dengan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan kualiti persekitaran di kawasan tersebut.
Hadir sama Ahli Majlis Zon 6 MBAS, En. Shamsudin Ahmad; Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan MBAS, Pn Siti Fazlina Abd Tafaruddin; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali serta pegawai-pegawai terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'