OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU AEDES DI TAMAN WIRA MERGONG (BLOK B), MERGONG

26 Jun 2025, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes bilangan 3 bagi tahun 2025 yang diadakan bertempat di Taman Wira Blok B,Mergong.. Operasi ini turut melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, SUK Bahagian Perumahan, Jabatan di MBAS iaitu Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan.
 
Hasil daripada laporan Operasi Bersepadu yang telah dijalankan, pihak MBAS telah mengeluarkan sebanyak 5 kompaun di bawah kesalahan UUK Pelesenan Establisymen Makanan MPKS 1989 iaitu 3 kompaun di bawah seksyen 3(1) tanpa lesen dan 2 kompaun di bawah seksyen 25(2) tidak menjaga kebersihan belakang premis, 1 notis dibawah seksyen 46(1) meninggalkan barangan di tempat awam kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133) dan 1 notis di bawah seksyen 3(H) kesalahan membiarkan kekotoran di mana-mana tempat awam, UUK Mencegah Kekotoran (PBTNK) 1983.
 
Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengeluarkan 2 notis kompaun di bawah seksyen 13 kesalahan membiak serangga pembawa penyakit Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pihak MBAS menyeru agar setiap masyarakat memberikan kerjasama agar memastikan tiada pembiakan aedes di sekeliling rumah sama ada dalam dan luar rumah dengan menghapuskan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
Skip to content