KYOCHON 1991 ALOR SETAR TERIMA SIJIL HALAL JAKIM

26 Jun 2025, Khamis – Kyochon 1991 cawangan Alor Setar kini rasmi memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Majlis pelancaran sijil halal ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
 
Pensijilan halal ini menandakan komitmen Kyochon dalam memastikan semua hidangan yang disediakan menepati standard kebersihan dan pematuhan Syariah. Ia turut memberi keyakinan penuh kepada pelanggan, untuk menikmati ayam goreng Korea dan menu lain tanpa sebarang keraguan.
 
Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengurus Kedah Tourism, Encik Zaidy bin Omar, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris serta beberapa tetamu kehormat lain.
 
 
Skip to content