Sambutan Mesra Konvoi Permotoran MBPJ ke MPKP Semperna Ulang Tahun Ke-19 Petaling Jaya sebagai Bandaraya











17 Jun 2025 (Selasa) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menerima kunjungan daripada Konvoi Kelab Permotoran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena sambutan ulang tahun ke-19 Petaling Jaya sebagai bandaraya.
Ketibaan rombongan MBPJ disambut dengan penuh kemeriahan oleh pihak MPKP bersama Yang Dipertua MPKP. Para peserta konvoi kemudiannya diarak ke lokasi penginapan di Bukit Wang Retreat dalam suasana santai namun penuh bererti. Di sana, satu majlis santapan istimewa turut diadakan, menampilkan juadah tempatan termasuk acara makan durian sebagai simbolik sambutan mesra warga Kedah terhadap tetamu dari Selangor.
Program ini bukan sahaja menjadi platform memperkukuh kerjasama antara majlis, malah turut memberi ruang untuk bertukar pandangan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kakitangan kerajaan tempatan. Kehadiran lebih 30 peserta konvoi dengan pakaian rasmi kelab menyerlahkan semangat kekitaan dan kecintaan terhadap komuniti serta budaya tempatan.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1