Kursus Asas Penjagaan Dan Penyelenggaraan Kenderaan








Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menghadiri satu Kursus Penyelenggaraan Kenderaan bertempat di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu sebagai inisiatif meningkatkan kecekapan dan pengetahuan teknikal kakitangan pemandu dalam aspek penjagaan kenderaan jabatan.
Kursus yang berlangsung selama sehari itu melibatkan penyertaan daripada lebih 16 orang kakitangan di unit kenderaan dan pemandu. Ia bertujuan untuk memperkukuh pemahaman kakitangan tentang penyelenggaraan asas kenderaan, langkah-langkah keselamatan semasa pemanduan, serta teknik pengesanan awal kerosakan bagi mengelakkan masalah lebih besar pada masa hadapan.
Penganjuran kursus ini adalah sejajar dengan komitmen pihak majlis dalam memastikan aset jabatan dijaga dengan baik, sekali gus menjamin keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.
Majlis Perbandaran Kubang Pasu merancang untuk menjadikan latihan seperti ini sebagai program berkala agar kecekapan operasi dapat terus ditingkatkan, selari dengan standard perkhidmatan awam yang berkesan dan bertanggungjawab.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1