SUPER KCAR MEGAGATH 2025

28 Jun 2025, Sabtu – Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh telah hadir mengiringi Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin merasmikan Majlis Pembukaan Super Kcar Megagath 2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Kereta Kompak Malaysia (PKKM), bertempat di Taman Jubli Emas, Alor Setar.
 
Penganjuran Super Kcar Megagath 2025 bukan sekadar menjadi medan pertemuan para peminat dunia kereta kompak dari seluruh negara, malah turut berperanan sebagai wadah mempererat silaturahim antara rakyat pelbagai negeri, menyemai budaya pemanduan yang selamat, serta memperkenalkan keunikan dan tarikan pelancongan Negeri Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
 
 
Skip to content