KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PETRON KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

2 Julai 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan wakil Petron di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
 
Ia telah dihadiri oleh Territory Manager, Retail Sales Petron, En. Muhammad Syakir Aiman Mohd Akil dan En. Nizam Abd. Kadir.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Petron atas tajaan yang diberikan untuk program CSR MBAS bersama Kolej Sultan Abdul Hamid, khususnya dalam projek mural di Lorong Keriang, Derga yang sedang dilaksanakan bagi tujuan memperindah kawasan tersebut.
 
 
Skip to content