ππππ πππππππ πππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππ πππ ππππππππ












05 Julai 2025 β Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bagi Zon 15 dan Zon 16 di Dewan Mahsuri, Padang Serai. Program ini menyediakan platform langsung kepada komuniti untuk berinteraksi dengan MPKK serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan perkhidmatan.
Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, PDRM, Perpustakaan Awam Kulim, Pejabat Zakat, Tabung Haji, PERKESO, SWCorp, SADA, Kolej Komuniti, KWSP, Heitech Padu Sdn. Bhd. dan pelbagai kaunter perkhidmatan MPKK. Semua agensi memberikan penerangan, kemudahan kaunter serta membantu menyelesaikan pertanyaan penduduk.
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, sepak penalti dan menganyam daun palas bagi menggalakkan penglibatan pelbagai golongan dan mengeratkan hubungan komuniti dengan pihak berkuasa.
Tuan Haji Md Nawiral Musaffa Bin Masdom, Ahli Majlis Zon 16, mengucapkan terima kasih kepada warga zon atas sambutan hangat serta menegaskan pemilihan zon ini sebagai lokasi pertama pelaksanaan HBP adalah satu pengiktirafan. Beliau menyeru penduduk terus mendukung usaha MPKK untuk membangunkan daerah yang lebih sejahtera dan mampan.
Yang Dipertua MPKK, YBhg. Datoβ Haji Elmi bin Yusoff berkata, βProgram HBP akan diteruskan secara berperingkat di semua zon MPKK bagi memudahkan penduduk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan, serta memberi ruang untuk meluahkan isu dan aduan secara langsung dalam sesi dialog ini. Jika perkara boleh dijawab segera, saya akan jawab di sini. Jika perlukan semakan lanjut, ia akan dicatat dan diambil tindakan susulan.β
Dato’ Yang Dipertua juga menekankan pentingnya penglibatan komuniti dalam merealisasikan visi MPKK menjadi Majlis Bandaraya menjelang 2030 serta menyeru ibu bapa menitikberatkan pendidikan anak-anak agar bersedia menghadapi cabaran masa depan dan peluang pekerjaan di Kulim yang semakin pesat berkembang.
Program ini turut dihadiri oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK; Encik Sharizal Bin Said, Ahli Majlis Zon 15, Pegawai Kawasan zon 15 dan 16 serta ketua-ketua jabatan yang komited memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak dan komuniti Zon 15 dan 16 yang hadir, berharap usaha ini menjadi titik permulaan kerjasama erat dalam menjayakan Kulim sebagai bandaraya mampan menjelang 2030.