KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL. | TAJUK | NO. SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
1. | Sebut Harga Membekal, Menghantar dan Memasang Perabot Berasaskan Fabrik/Kain Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman | 19/2025 (PER) |
020199 |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 07 Julai 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 14 Julai 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 07 Julai 2025