SUKAN PBT NEGERI KEDAH 2025 | MBAS NAIB JUARA ACARA KAROM

8 Julai 2025, Baling – Gambar sorotan penuh peringkat akhir acara Karom di Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 2025 antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang telah berlangsung di Baling Boulevard, Baling. Pasukan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjadi Naib Juara pada edisi yang berlangsung pada kali ini. Tahniah dan syabas buat pasukan Karom MBAS dan seluruh pasukan PBT yang telah bertanding.
 
Pada malam yang sama, turut berlangsung Majlis Perasmian Baling Boulevard yang telah disempurnakan oleh EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria. Baling Boulevard, yang kini menjadi tarikan terbaru di daerah Baling, bakal memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi dan sosial di daerah tersebut.
 
 
Skip to content