DATUK BANDAR ALOR SETAR TINJAU LONGKANG, JALAN DAN PADANG BOLA SEPAK DI TAMAN KENARI MERAH, ALOR SETAR
18 Julai 2025, Alor Setar (Jumaat) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya telah turun padang bagi meninjau keadaan longkang dan jalan serta padang bola sepak di Taman Kenari Merah, Alor Setar.
Lawatan ini adalah susulan daripada aduan penduduk setempat berkenaan masalah kerosakan jalan dan saliran longkang yang tersumbat yang berisiko kepada masalah banjir kilat. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengambil tindakan susulan dengan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk terjamin.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah ADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab, Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam MBAS, En. Ahmad Sujairi Md. Hassan; Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi MBAS, En. Mohd Faizal Abu Bakar serta penduduk setempat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'