16 Julai 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Pasar Besar Kulim sebagai sebahagian daripada inisiatif Kempen Pasar Awam Bersih PBT Tahun 2025.

Program ini telah melibatkan penyertaan daripada jabatan dalaman MPKK, rakan strategik dari SWCorp serta E-Idaman Sdn. Bhd, Persatuan Usaha Niaga Kawasan Kulim dan para peniaga Pasar Besar Kulim.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah kerja-kerja mengecat gerai dan pembersihan menyeluruh di kawasan pasar awam, malah meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung.

Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama komuniti dan menyemai rasa tanggungjawab bersama terhadap kebersihan kawasan tumpuan awam, khususnya pasar awam yang menjadi nadi ekonomi tempatan.

Turut hadir, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan gotong-royong ini. Semangat dan komitmen semua mencerminkan usaha berterusan MPKK ke arah mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, sihat dan harmoni.

Klik untuk gambar sekitar program

#PasarBesarKulim

#KempenPasarBersih

#KulimBersih

#GotongRoyong

#KebersihanTanggungjawabBersama

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content