DATUK BANDAR ALOR SETAR MEMBUAT TINJAUN KEBERSIHAN DI KAWASAN JALAN GUNUNG KERIANG SEKITAR MUZIUM PADI, ALOR SETAR

Alor Setar, 22 Julai 2025 (Selasa) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, bersama pegawai-pegawai dari SWCorp Kedah dan E-idaman Sdn. Bhd., telah mengadakan tinjauan kebersihan di sepanjang jalan Gunung Keriang ke Muzium Padi sebentar tadi.
 
Tinjauan tersebut diadakan bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan kawasan tersebut sempena Hari Muzium Antarabangsa yang akan berlangsung pada 24 hingga 27 Julai 2025.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content