OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN LESEN DAN KEBERSIHAN

Alor Setar, 21 Julai 2025 (Isnin) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat dan Bahagian Penguatkuasaan, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Premis di sekitar Jalan langgar, Alor Setar. Operasi ini dijalankan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta tahap kebersihan yang optimum di premis-premis perniagaan .
 
Sebanyak tiga (3) buah premis telah diperiksa dalam operasi ini, dan hasil pemeriksaan, MBAS telah mengeluarkan lima (5) kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk lesen tamat tempoh, tiada perangkap minyak, perangkap minyak yang tidak diselenggara, tong sampah tidak tertutup, serta halangan kerusi meja di tempat awam. Sementara itu, PKD Kota Setar turut mengeluarkan tujuh (7) kompaun terhadap pekerja yang gagal menunjukkan kad suntikan typhoid serta tidak berpakaian lengkap semasa mengendalikan makanan.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content