MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
Alor Setar, 24 Julai 2025 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Majlis Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Muzium Padi, hari ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah mencemar duli menyempurnakan perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 tersebut.
Kira-kira 1,000 warga muzium dari seluruh negara termasuk dari Singapura dan Indonesia hadir dalam memeriahkan festival berkenaan.
Turut berangkat, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah; YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia serta dif-dif kehormat yang lain.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'