MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU ROBOH PAPAN IKLAN TANPA KEBENARAN DI SEKITAR BANDAR RAYA ALOR SETAR
Alor Setar, 23 Julai 2025 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan serta Unit Rondaan Dan Penyelenggaraan (URDP) telah menjalankan satu Operasi Bersepadu Meroboh Papan Iklan Tanpa Kebenaran di sekitar jalan Kepala Batas ke Alor Merah, Alor Setar.
Hasil daripada operasi yang dijalankan, kira-kira 13 papan iklan tidak berlesen telah dikenal pasti dibina di bahu jalan kawasan tersebut. Tindakan meroboh dan sitaan telah diambil serta-merta oleh pihak MBAS mengikut peruntukan di bawah Undang-undang Kecil Iklan (MBAS) 2010.
Pihak MBAS akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa. Justeru, semua permohonan binaan papan iklan di bandar raya Alor Setar haruslah dipohon melalui pihak MBAS terlebih dahulu bagi mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'