Lawatan Tuan Yang Dipertua MPKP Ke Pasar Awam Kodiang Bagi Tinjau Keadaan Kebersihan Dan Infrastruktur.














Kodiang, 28 Julai 2025 – Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP),
En Badrulhisham Bin Haji Sulaiman telah mengetuai satu lawatan kerja ke
Pasar Awam Kodiang pagi ini bagi meninjau sendiri tahap kebersihan, pengurusan sisa dan keperluan penambahbaikan infrastruktur pasar berkenaan.
Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil daripada SWCorp, E-Idaman, serta Pengarah Jabatan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, termasuk Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu dalam ucapannya menyatakan komitmen pihak majlis untuk memastikan pasar awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat untuk para peniaga serta pengunjung.
Dalam lawatan tersebut, rombongan telah meninjau kawasan sekitar pasar, sistem saliran, tempat pembuangan sisa, serta kemudahan awam seperti tandas dan ruang niaga. Beberapa isu telah dikenal pasti termasuk masalah longkang tersumbat, kawasan basah berlebihan dan kurangnya tong sampah berjadual.
SWCorp dan E-Idaman turut memberikan taklimat ringkas berkenaan pengurusan sisa pepejal serta cadangan penambahan kekerapan kutipan sampah di kawasan pasar.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1