







3 Ogos 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan bagi Zon 10 dan Zon 11 di bawah pentadbiran MPKK bertempat di Masjid Sungai Seluang, Lunas.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan MPKK dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat serta mendekati rakyat secara langsung.
Pelbagai aktiviti telah diadakan demi manfaat dan kemudahan penduduk setempat. Antara tarikan utama ialah penyediaan kaunter perkhidmatan MPKK bagi urusan pertanyaan, bayaran Cukai Taksiran dan aduan, pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung, serta pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi penerangan berkaitan keselamatan dan pencegahan dadah.
Selain itu, turut berlangsung sesi jualan barangan asas makanan, yang turut menyokong ekonomi komuniti setempat.
Turut hadir, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK; YB Khairul Anuar bin Ramli, Adun Lunas; Ahli-Ahli Majlis, pengarah dan penolong pengarah MPKK.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ahli Majlis bagi Zon 11; pegawai kawasan Encik Mohd Hairis bin Mohd Haider serta Encik Heh Khian Kiang, Ahli Majlis Zon 10; pegawai kawasan Encik Shahrul Naim bin Mat Akhir dan seluruh ahli jawatankuasa Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang atas komitmen padu dalam menjayakan penganjuran ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada agensi pempamer serta seluruh warga kerja MPKK serta komuniti tempatan yang telah sama-sama menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.
Hari Bertemu Pelanggan bukan sekadar satu acara, ia adalah bukti komitmen MPKK untuk terus mendengar, menyantuni dan berkhidmat kepada masyarakat.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Jumpa lagi di lokasi seterusnya. Nantikan hebahan kami tidak lama lagi!