10 Ogos 2025 – Stadium Kulim menjadi medan perpaduan apabila Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Zon 6 dan Zon 7, yang digabungkan dengan acara tradisi Asyura Mastercook 1447H.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha, serta urus setia diketuai Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM), bersama semua anggota yang terlibat.

Acara Asyura Mastercook yang menjadi tradisi MPKK disertai pasukan dari Zon 1 hingga Zon 18, Puspanita, serta Kelab Kebajikan dan Sukan MPKK. Pertandingan Mastercook Bubur Asyura memperlihatkan kreativiti peserta dalam mengetengahkan resipi turun-temurun yang unik. Persaingan berlangsung sengit, dan YBhg. Dato’ turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang menyerlah dari segi rasa dan persembahan.

Sesi Hari Bertemu Pelanggan pula memberi ruang kepada komuniti Zon 6 dan Zon 7 berinteraksi secara langsung dengan pihak MPKK, di mana pelbagai perkhidmatan dibawa terus ke lokasi. Penghargaan khusus diberikan kepada Ahli Majlis Zon 6, Encik Ahmad Fadzli bin Salleh, Pegawai Kawasan, Encik Mohd Firdaus bin Mat Said, Ahli Majlis Zon 7, Encik Abdul Rahman bin Mohd Shariff, dan Pegawai Kawasan, Encik Mohamad Qaiyum bin Abdul Jalil atas kerjasama erat dengan komuniti.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai agensi seperti PDRM, AADK, LPPKN, KPDN (Jualan Rahmah) serta kaunter dalaman MPKK. Pelbagai aktiviti masyarakat seperti jahit butang baju, congkak, dart, dan bowling kelapa turut diadakan, mencipta suasana meriah penuh kekeluargaan.

Hadir sama memberi sokongan padu ialah Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK; YB Khairul Anuar bin Ramli, Adun Lunas; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff (Ketua Whip), Ahli-ahli Majlis, rakan media, pengarah-pengarah, penolong pengarah, serta ketua-ketua bahagian.

Semoga program ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama, dan memupuk semangat kebersamaan antara MPKK dan komuniti Kulim. Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang!

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKK

#HariBertemuPelanggan

#AsyuraMastercook1447H

#BuburAsyura

#KomunitiBersamaMPKK

Skip to content