DAH PASANG JALUR GEMILANG ANDA?🇲🇾

17 Ogos 2025- Sempena Bulan Kemerdekaan, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menyemarakkan Bulan Kemerdekaan melalui Perhimpunan Korporat dan Program Kibar Jalur Gemilang 2025.

Pagi ini, Lobi MPKK bergema dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, ikrar Rukun Negara dan ucapan penuh semangat oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK yang mengingatkan warga anggota betapa pentingnya integriti dan cinta tanah air.

Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis MPKK untuk menerima bendera sebagai simbolik menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi semua zon kawasan masing-masing.

Kemuncak program adalah sesi kempen Kibar Jalur Gemilang! Deretan kenderaan jabatan dipasang bendera dengan megah, oleh YBhg. Dato’ Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Ketua Jabatan sebagai simbol perpaduan dan patriotisme seluruh warga MPKK.

Jom sama-sama kibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan anda! Mari kita warnai Kulim dengan bendera kebanggaan negara tercinta.

Kongsikan gambar pemasangan bendera anda di ruangan komen. 📸

#MajlisPerbandaranKulim

#jalurgemilang2025

#bulankemerdekaan

#bulankemerdekaan2025

Skip to content