25 Ogos 2025- YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua bersama Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Delegasi ini disambut dengan sangat baik oleh TPr. Saidin bin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk berbincang tentang Penyelarasan Rancangan Pembangunan yang perlu untuk mendapat khidmat nasihat daripada Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

Pihak MPKK amat menghargai peluang untuk mendapatkan pandangan serta nasihat daripada pihak PLANMalaysia dan taklimat yang diberikan oleh Encik Shahril Nazmi bin Daud, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Tuan Munizam bin Abdul Aziz, Pengarah PLANMalaysia Negeri Kedah.

Turut hadir bersama iaitu TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap; Puan Fakriyah binti Hanafi, Pengarah Unit OSC; Puan Uzwana binti Mahmud, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap.

Matlamat pertemuan ini adalah diharapkan dapat membawa hasil yang positif dan memberi panduan yang bermanfaat bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#perancanganpembangunan

#thegreaterkedah

Skip to content