Bersempena dengan penganjuran PMR 2025 Kedah, sebanyak empat program satelit akan dilaksanakan di kawasan sekitar bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan, mempertingkat kesejahteraan komuniti, dan memperkasa nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian masyarakat.

❖ Program Kemasyarakatan di FELDA Lubuk Merbau, Pendang pada 13 September 2025 (Sabtu);

❖ Program Kesedaran Pengurusan Bencana di Dataran Awam, Kampung Lalang Eco Park, Baling pada 13 September 2025 (Sabtu);

❖ Program Satelit MADANI Rakyat Warga FELDA di FELDA Gunung Bongsu, Kulim Bandar Baharu pada 19 dan 20 September 2025 (Jumaat dan Sabtu); dan

❖ Program Eksplorasi Perpaduan: Satelit PMR 2025 Kedah di Dewan Badminton Kupang, Baling pada 30 Ogos 2025 (Sabtu).

‘Rakyat Prihatin, Negara Aman, Masa Depan Terjamin’

#ProgramMADANIRakyat

#PMR2025Kedah

#MADANIBekerja

#TaatSetia

#PACUPMO

Skip to content