ππ ππππ ππππ π₯ ππππππ
πππππππππ ππππππππππππ π
πππππ πππππ πππππππ
Mesyuarat Penyelarasan Fiesta Orang Kampung telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bertempat di Dewan Alamanda, DβYan Chalet, Yan pada pukul 10.30 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, En. Amir Ezzat bin Ismail.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras persiapan rapi serta pembahagian peranan dan tanggungjawab semua agensi terlibat bagi memastikan penganjuran Fiesta Orang Kampung yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 14 September 2025 berjalan lancar, teratur serta memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli Majlis Daerah Yan, Klinik Pergigian Daerah Yan, Klinik Kesihatan Daerah Yan, UPUK, RELA Daerah Yan, Lembaga Zakat Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Idaman Daerah Yan serta Pejabat Agama Daerah Yan.
Kehadiran pelbagai pihak ini jelas mencerminkan semangat kerjasama erat antara jabatan dan agensi di Daerah Yan dalam memastikan Fiesta Orang Kampung dapat direalisasikan dengan penuh kejayaan, sekali gus memberi manfaat menyeluruh kepada komuniti setempat.



