KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran sebutharga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.
| BIL | NO SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG PENDAFTARAN |
| 1 | 62/2025 | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENDAFTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN DUA (2) UNIT HONDA CRV EHEV TERMASUK KELENGKAPAN TRAFIK DAN STIKER BODY UNTUK UNIT LETAK KERETA JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH | 110103 ATAU 110199
|
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Perolehan) mulai 02 SEPTEMBER 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah : –
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang berstatus PATUH serta satu salinan sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga Rm20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad krdeit / boost / touch n go).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 08 SEPTEMBER 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 01 SEPTEMBER 2025