Rujukan Undang-undang

·         Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) bertanggungjawab untuk memastikan pemilik baru mematuhi undang-undang dengan mengemukakan borang pindahmilik untuk dikemaskini rekod pemilik baru pegangan.

Merujuk Seksyen 160, Akta 171: Peruntukan yang menjelaskan tentang kesalahan dan denda bagi kegagalan pematuhan.

Kewajipan penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindah milik dalam tempoh tiga

(3) bulan selepas jualan atau pindah milik memberi notis mengenai pindah milik kepada pihak berkuasa tempatan melalui Borang I. Kegagalan membuat demikian boleh, jika disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi daripada RM 2,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Panduan Permohonan Pindahmilik

Borang pindahmilik (Borang I) boleh diperolehi melalui pautan MUAT TURUN BORANG

  • Sila klik        : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
  • Sila pilih      : Borang I , muat turun borang berkenaan dan lengkapkan borang tersebut.

Sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen berikut:-

  • Salinan hakmilik(geran tanah) / dokumen jual beli
  • Salinan kad pengenalan penjual / pembeli
  • Salinan resit pembayaran cukai taksiran dan cukai tanah
  • Salinan resit bayaran caj proses RM50.00 (bagi setiap pindahmilik) ke akaun 02020010050055 (Bank Islam Malaysia Berhad) di atas nama Majlis Perbandaran Sungai Petani)
Skip to content