PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA TANDOP, ALOR SETAR

Alor Setar, 28 Ogos 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil penjaja Tandop di Dewan Mesyuarat UTC Kedah bagi membincangkan isu pemindahan dan penyusunan semula penjaja di kawasan tersebut. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serta memastikan tahap kebersihan yang lebih teratur.
 
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris bersama Ahli Majlis Zon 2 MBAS, En. Osman Zakba Saad. Turut diadakan taklimat khas oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, Puan Nor Shakila Che Ali, yang memberi penerangan menyeluruh mengenai pengurusan serta garis panduan penjajaan yang lebih sistematik.
 
Hasil perbincangan bersama, semua penjaja yang terlibat bersetuju bagi penyusunan semula yang lebih kemas dan teratur di lokasi yang sama tanpa meninggalkan barang niaga dan khemah kekal mengikut syarat-syarat penjaja yang telah ditetapkan. Langkah ini diambil bagi menjamin kelangsungan perniagaan penjaja serta kesejahteraan warga bandar raya secara keseluruhan.
Skip to content