28 Ogos 2025 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) telah hadir ke Majlis Perbandaran Kulim bagi melaksanakan lawatan kawal selia paun haiwan.

Delegasi lawatan daripada pihak DVS Putrajaya yang diketuai oleh Dr. Faris bin Mohd Zin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Regulatori Veterinar; dan turut hadir adalah pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah serta Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Kulim.

Tujuan Lawatan Kawal Selia Paun oleh DVS adalah bagi memastikan pengurusan paun haiwan lebih berkesan dan teratur oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menilai pematuhan terhadap prinsip-prinsip kebajikan haiwan sebagaimana yang digariskan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pengurusan paun haiwan di bawah seliaan pihak MPKK di samping anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran juga turut sama hadir bagi sesi libat urus ini.

Melalui sesi libat urus ini, ia merupakan medan untuk mengukuhkan kerjasama dua hala antara DVS dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani isu haiwan terbiar dan dapat memberi ruang perkongsian ilmu serta amalan baik dalam pengurusan kebajikan haiwan.

Lawatan kawal selia ini merupakan sebahagian daripada siri pemantauan yang dilaksanakan DVS di seluruh negara sepanjang tahun 2023-2024. Semua paun haiwan di bawah seliaan PBT akan dipantau secara berfasa oleh pegawai DVS bersama pihak Seksyen Kebajikan Haiwan Negeri.

Klik untuk gambar sekitar program

#dvsmalaysia

#MajlisPerbandaranKulim

#kebajikanhaiwan

Skip to content