










31 Ogos 2025 – Sekitar Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Star, telah disempurnakan oleh Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sebanyak 119 kontinjen mewakili jabatan kerajaan, pasukan beruniform, sekolah, IPT dan NGO mengambil bahagian. Acara dimeriahkan dengan penerjunan bebas PASKAL, persembahan koir, tarian kebudayaan serta pameran aset ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Tahniah kepada anggota MPKK yang telah menyertai kontinjen kawad MPKK dan menunjukkan komitmen dan aksi persembahan yang cemerlang.
MPKK juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kontinjen yang menjuari kategori-kategori berikut:-
Kategori Pancaragam Sekolah Rendah
Pancaragam SK Kuala Ketil
Kategori Pancaragam Sekolah Menengah
Pancaragam SMK Che Tom
Kategori Badan Beruniform Institusi Pendidikan, Kolej, IPTA/IPTS
Kor Kadet Polis SMK Sultanah Bahiyah
Kategori Persatuan/NGO/Pertubuhan/Kelab
Persatuan Bekas RAMD
Kategori Kerajaan, PBT, Badan Berkanun dan Swasta
Kontinjen Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS)
Kategori Kontinjen Paling Menarik
Ayam Bismi
Juara Antara Juara
Pancaragam SMK Che Tom
Klik untuk gambar sekitar program