MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025

Alor Setar, 31 Ogos 2025 (Ahad) – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, pagi semalam. Pada kali ini MBAS menampilkan pakaian korporat dengan serba biru membawa slogan “Perkhidmatan Tanpa Sempadan”.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya turut hadir menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 berkenaan.
 
Kontinjen Kawad MBAS yang terdiri daripada 33 anggota dan 2 jurulatih diketuai oleh Encik Mohammad Azril Bin Ahmad Zaki. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad MBAS di atas komitmen yang terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kedah Tahun 2025.
 
 
Skip to content