KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebutharga di bawah ini.
| NO. SEBUT HARGA | PROJEK | KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA | PENDAFTARAN/TAKLIMAT | TARIKH LAWATAN TAPAK |
| 13/2025 LR | CADANGAN PENGINDAHAN DAN MENAIKTARAF KOMPONEN LANDSKAP KEJUR “SKATE PLAZA” DI TAMAN JUBLI PERAK, SUNGAI PETANI, KEDAH | BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE14 DAN CE21 | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN PADA 17 SEPTEMBER 2025 | TIADA LAWATAN TAPAK |
Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat uang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah mulai 17 September 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (CIDB), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL TARAF BUMIPUTERA, PENDAFTARAN SSM & PENDAFTARAN SURUHANJAYA TENAGA (BAGI KONTRAKTOR ELEKTRIK) & MEMILIKI SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) YANG BERSTATUS PATUH untuk menghadiri taklimat sebut harga dan seterusnya menyertai satu lawatan tapak bina. Kontraktor dikehendaki melaporkan diri 30 MINIT SEBELUM MASA TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK DIMULAKAN. Hanya pemegang lesen yang sah dan berdaftar dengan MPSPK sahaja berhak hadir dalam lawatan tapak. WAKIL TIDAK DIBENARKAN.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 24 SEPTEMBER 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 03 SEPTEMBER 2025