SEMANGAT ANAK MUDA, HARAPAN KUALA MUDA!
Pasukan bola jaring Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA), Daerah Kuala Muda dibarisi 12 orang pemain muda berumur 15–20 tahun kini bersedia membawa cabaran di pentas negeri.
Di bawah pengurusan Yang Dipertua MPSPK, Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, pasukan ini turut dibantu oleh barisan penolong pengurus, jurulatih dan urusetia yang sentiasa memberi sokongan padu.Turut hadir bersama Tuan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd.Hadi.
Sejak awal Julai, latihan intensif di Sports Arena dan gelanggang MPSPK berjalan pagi, petang dan malam demi memastikan persediaan rapi menuju kejohanan.
Doakan pasukan ini membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama Kuala Muda tercinta di Kejohanan SUKDA!
Klik untuk gambar sekitar program






