MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN SUKDA DAERAH KUALA MUDA 2025
Telah berlangsungnya Majlis Pelepasan Kontinjen Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Muda, Encik Azmin bin Zainol Abidin.
Selaku pengurus Pasukan Bola Jaring Kuala Muda, Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah turut hadir bersama Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi.
Seluruh warga kerja MPSPK mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengurus pasukan dan para atlet bersama pegawai iring seramai 179 orang yang menyertai SUKDA bermula 4 September sehingga 8 September 2025 di Kompleks Pusat Sukan UUM, Kedah.
Sorakan untuk Daerah Kuala Muda
Klik untuk gambar sekitar program












