Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dengan penuh rasa syukur turut menerima pengiktirafan anugerah Excellence in Urban Environmental Management Recognition sempena 20th Anniversary Waste Management Association Of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2025, pada 8 September 2025 di The Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Anugerah berprestij ini merupakan sebahagian daripada ‘3rd Edition of the Waste Management Achievement Awards’, yang dianjurkan oleh Waste Management Association of Malaysia (WMAM) bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan pengurusan sisa mampan di seluruh negara.

Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKK telah hadir bagi menerima penganugerahan ini.

Pengiktirafan ini mencerminkan kerjasama padu warga Kulim yang sentiasa menyokong agenda kelestarian demi menjadikan Kulim sebuah bandar hijau, mesra alam dan lestari.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan strategik MPKK dan komuniti yang sentiasa memberi sokongan. Ayuh! Bersama-sama kita teruskan usaha menjadikan Kulim sebuah bandar hijau, sejahtera dan lestari untuk generasi masa depan.

#MajlisPerbandaranKulim

#wastemanagementassociationmalaysia

#lestarihijau

#Wmam

#thegreaterkedah

Skip to content