MALAYSIA WORLD BAND COMPETITION (MWBC) & MALAYSIA NATIONAL BAND COMPETITION (NATCOMP) KEMBALI KE ALOR SETAR, 11–14 SEPTEMBER 2025
Alor Setar, 10 September 2025 (Rabu) – Alor Setar sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (Malaysia World Band Competition-MWBC) Dan Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (National Band Competition-NATCOMP) 2025 yang akan berlangsung dari 11 hingga 14 September 2025 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim dan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Majlis Penyerahan Piala Pertandingan MWBC & NATCOM 2025 telah berlangsung petang tadi bertempat di Bangunan Starbucks Coffee, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En. Afizudin Dato Paduka Hj. Mohd Saad yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar. Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Yayasan Amanah Industri Kreatif, Datuk Zulkifli bin Ishak; Yang Berbahagia Dato’ Suraya Yaacob, para juri, wakil-wakil agensi kerajaan serta pihak penaja.
Acara yang dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan penyertaan lebih 70 pasukan dari dalam dan luar negara bakal berentap, melibatkan lebih 5,700 peserta termasuk Malaysia serta delegasi antarabangsa dari Pancaragam Jember (Indonesia), Afrika Selatan, Thailand, Filipina & Sri Lanka.
MWBC & NATCOM 2025 bakal mempersembahkan kira-kira 250 persembahan menarik dari pelbagai kategori termasuk Color Guards, Marching Field Show, Drumline Battle, Street Parade dan Concert Marching Arts.
Ayuh warga bandar raya Alor Setar kita memeriahkan MWBC & NATCOMP 2025!!!
Untuk info lanjut ikuti FB Malaysia National Band Competition (NATCOMP)
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'