MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PIDATO 3R PERINGKAT NEGERI KEDAH
Alor Setar, 11 September 2025 (Khamis) – Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato 3R Peringkat Sekolah Rendah Negeri Kedah 2025 yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
Pertandingan ini dianjurkan oleh SWCorp Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, dan E-Idaman Sdn. Bhd., bertujuan mencungkil bakat murid sekolah rendah dalam menyampaikan mesej kelestarian bersempena tema “Merdeka Tanpa Sampah”.
Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya. Hadir sama Penolong Pengarah Kanan SWCorp Kedah, Puan Azahana Che Ghazali dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat E-Idaman, Encik Ahmad Fuad bin Abdul Rahim.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai pertandingan ini dan telah berjaya menyebarkan mesej penting tentang kebersihan dan kelestarian bumi.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'