SISTEM PARKING BERPALANG : DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan memulakan pelaksanaan sistem parking berpalang bermula pada 1 Oktober 2025 di tiga kawasan utama iaitu:

  • N-City
  • Lagenda Heights
  • Pekan Baru

Langkah ini diambil bagi memastikan pengurusan parkir menjadi lebih tersusun dan bersistematik, sekaligus memberi keselesaan serta kesejahteraan kepada orang ramai. Selain itu, pelaksanaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan pematuhan pengguna dalam pembayaran parkir, agar kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan secara adil dan berterusan.

MPSPK percaya, dengan kerjasama semua pihak, sistem ini akan memberi fleksibiliti kepada semua lapisan masyarakat termasuk pengguna yang kurang celik digital.

Semoga segala persoalan terjawab dengan paparan video yang telah disediakan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi

Seksyen Letak Kereta di talian 04-429 6665.

Skip to content