







9 dan 11 September 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), di bawah anjuran Jabatan Kesihatan Persekitaran baru-baru ini telah melaksanakan penilaian pertandingan kebersihan dan hiasan sempena Program Bulan Kemerdekaan yang Ke-68 bagi dua kategori utama melibatkan penyertaan berikut iaitu:
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 (𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡)
1. SMK Padang Serai
2. SMK Jalan Paya Besar
3. SK Air Merah
4. PASTI AS- SYIFA’, Taman Kenari
𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚
1. Pejabat Pendidikan Daerah Kulim/ Bandar Baharu
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Stesen Minyak PETRONAS/ Koperasi Kota Kenari
4. Kulim Inn
Penilaian telah dijalankan oleh panel juri yang terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis, Pegawai Jabatan Kesihatan Persekitaran, Bahagian Landskap dan Unit Audit Dalam MPKK bertanggungjawab menilai aspek kebersihan, keceriaan, kreativiti hiasan serta semangat patriotisme yang ditonjolkan oleh peserta sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-68.
MPKK merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang menyertai pertandingan yang berlangsung sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025 yang lalu. Usaha yang luar biasa, kerjasama dan komitmen yang bersemangat!
Semoga inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan kebersihan, keceriaan dan kecintaan terhadap tanah air. Jiwa Merdeka!
Penilaian seterusnya yang bakal dilaksanakan adalah kategori Taman Perumahan Daerah Kulim (Persatuan Penduduk).