







14 September 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) meneruskan lagi siri Penilaian Pertandingan Kebersihan dan Hiasan Sempena Program Bulan Kemerdekaan ke-68 bagi kategori Taman Perumahan Daerah Kulim (Persatuan Penduduk) dan salah satunya merupakan kategori daripada Agensi Swasta.
Penilaian telah diadakan di kawasan berikut:
1. Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Kulim, Taman Mutiara
2. Taman Gemilang
3. Taman Rambai / Taman Nenas
4. Taman Lembah Impiana
Seperti kategori terdahulu, panel juri terdiri daripada Ahli Majlis MPKK, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Bahagian Landskap serta Unit Audit Dalam MPKK.
MPKK merakamkan penghargaan atas kerjasama erat daripada penduduk, persatuan komuniti serta sukarelawan setempat yang berganding bahu menjayakan pertandingan ini.
Semoga kesinambungan program ini terus menjadi pemangkin semangat cintakan tanah air serta menjadikan Daerah Kulim lebih bersih, ceria dan bersatu padu.
Inilah contoh terbaik yang kita mahu lahirkan daripada masyarakat Kulim, bersama menjaga kebersihan, menceriakan kawasan, serta menyemai semangat patriotik.
Dari kawasan terbiar kepada taman yang indah! Taman-taman perumahan dihiasi cantik, bersih dan menarik sempena Pertandingan Kebersihan dan Hiasan Merdeka ke-68.
Semangat sudah ditunjukkan, kini kita tunggu pula siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang! Nantikan pengumumannya.