

Kulim menuju ke arah Bandar Sihat!
Sempena Program Pemerkasaan Pembangunan Healthy City di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2025, akan berlangsung pelbagai aktiviti menarik yang pasti dinanti-nantikan.
🏃♀️ Kulim Healthy City Run 2025
🚴♂️ Car Free Zone, nikmati bandar tanpa kenderaan!
Program ini adalah usaha bersama PLANMalaysia dan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memelihara alam sekitar dan memperkasakan komuniti.
Sehubungan itu, beberapa jalan akan ditutup sepanjang program berlangsung. Mohon kerjasama warga Kulim untuk merancang perjalanan anda lebih awal.