PEMANTAUAN PENIAGA PASAR MALAM TANDOP SELEPAS PELAKSANAAN PENYUSUNAN SEMULA PENIAGA

Alor Setar, 23 September 2025 (Selasa) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan pemantauan di Pasar Malam Tandop bagi memastikan pematuhan peraturan di kawasan tersebut.
 
 Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan kesemua peniaga beroperasi dalam tapak yang berlesen dan mematuhi garis panduan kebersihan yang telah ditetapkan selepas pelaksanaan penyusunan semula peniaga di kawasan itu.
 
Selain itu, MBAS turut memastikan notis kebersihan telah diedarkan kepada semua peniaga untuk memastikan persekitaran pasar malam kekal bersih dan teratur selepas waktu perniagaan. Langkah ini diambil untuk memastikan tahap kebersihan yang lebih selesa kepada pengunjung.
 
Skip to content