Program Hari Cuci Malaysia sempena World Cleanup Day 2025 telah diadakan serentak di seluruh Negeri Kedah dan Negara pada 27 September 2025 dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Taman Tasek Serdang dan kawasan berhampiran di Pekan Serdang, Kedah Darul Aman.

Turut hadir bersama YB Tuan Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu), Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis, Ketua–Ketua Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu.

Program ini juga dapat mendidik masyarakat dengan nilai kebersihan, bertanggungjawab, cintai alam sekitar serta gaya hidup yang sihat. Kawasan tersebut merupakan tumpuan penduduk dan pengunjung untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Justeru itu, kebersihan adalah tanggungjawab bersama.

Terima Kasih kepada Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Skip to content