Pada 26 September 2025, Pasukan MyMudah MPKK telah menyelaras dua projek besar industri semikonduktor di Kulim, melibatkan syarikat Coraza Integrated Technology Berhad dan pelabur asing Pacific Quartz (China). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.

Projek industri baharu iaitu Coraza Integrated Technology Berhad melibatkan pembinaan sebuah kilang Perkhidmatan Kejuruteraan bagi Semikonduktor di Kulim Industrial Estate, yang dijangka siap dalam tempoh masa 8 bulan. Projek ini merupakan ujian pertama inisiatif Permit Pembinaan Ekspress (E8 fast track) MPKK.

Selain itu, projek pemajuan kilang industri Pacific Quartz (China) melibatkan pembinaan bangunan industri semikonduktor di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 4A, akan bermula bulan Oktober 2025 hingga September 2026 melalui inisiatif E10 MPKK.

Mesyuarat turut dihadiri wakil agensi teknikal utama termasuk PlanMalaysia Kedah, BOMBA, JPS, JAS, SADA, Indah Water Konsortium dan NUR Power Sdn. Bhd. dan juga jabatan teknikal dalaman MPKK bagi menyelaras fasilitasi awal sebelum permohonan rasmi ke peringkat OSC (One Stop Centre).

Setiap permohonan akan melalui portal OSC 3 Plus Online, dimana ianya membantu melancarkan permohonan para pelabur mengikut garis masa ditetapkan.

MPKK merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Kejayaan ini membuktikan komitmen MPKK dan rakan agensi yang terlibat dalam menyokong pelaburan baharu, memudahcara urusan pelabur serta mengurangkan kerenah birokrasi.

Semoga pelaburan ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan manfaat kepada penduduk Kulim serta seluruh negeri Kedah.

Klik untuk gambar sekitar program

#thegreaterkedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content