




Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh Tuan Noryadi Bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Pembangunan (Kawalan Perancangan). Delegasi ini disambut baik oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.
Taklimat mengenai Permit Pembinaan Ekspres (E10) yang diintegrasikan dengan Kecerdasan Buatan (AI) telah disampaikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kelulusan pelan pembangunan demi kemudahan dan kecekapan.
Lawatan diteruskan ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) untuk memperlihatkan keupayaan teknologi pintar dalam pengurusan bandar dan langkah-langkah menuju bandar pintar.
Semoga pertemuan pada 2 Oktober 2025 yang lalu dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama strategik kedua-dua pihak agar dapat membawa manfaat yang signifikan dalam usaha membangunkan bandar yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing.