Van Shuttle Services Malaysia–Thailand Dilancar : Lonjak Sektor Pelancongan Rentas Sempadan.





KUBANG PASU, 24 September 2025 (Rabu) – Tourism Malaysia, Kedah Tourism dengan kerjasama Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menganjurkan majlis pengenalan serta penerangan mengenai pengoperasian Van Shuttle Services Border to Border yang menghubungkan Malaysia dan Thailand. Program ini diadakan bagi memperkenalkan kemudahan baharu dalam sektor pelancongan serta memudahkan pergerakan pelancong di kedua-dua negara jiran.
Perkhidmatan van ulang-alik ini dilihat sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan pelancongan rentas sempadan, di samping memberi pilihan pengangkutan yang lebih selesa dan efisien kepada pelancong. Langkah ini juga selari dengan usaha menarik lebih ramai pengunjung sempena Visit Malaysia 2026, yang dijangka meningkatkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan dan perniagaan.
Majlis ini turut mendapat sambutan baik daripada pihak berkuasa tempatan serta penggiat industri pelancongan yang yakin perkhidmatan baharu ini akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Kubang Pasu dan kawasan sempadan, sekaligus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong di rantau ASEAN.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1