Hari Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2025.

KUBANG PASU, 27 September 2025 (Sabtu)- Program Pembersihan Mega Seluruh Negara sempena Hari Cuci Malaysia 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 September 2025 (Sabtu) bertempat di Tapak Parking PJ2 (Tapak Pasar Malam Jitra), dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama rakan strategik bagi menyemarakkan semangat cintakan kebersihan di seluruh negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Badrulhisham bin Haji Sulaiman, AMK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena sambutan World Cleanup Day, bertujuan untuk memupuk kesedaran sivik dan memperkasakan komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content