InnoSphere Dilancarkan di Bukit Kayu Hitam: Hab Perindustrian Pintar Baharu Jana Ekonomi Kedah.



















Bukit Kayu Hitam, 29 September 2025 (Isnin) β Penduduk dan komuniti sekitar Bukit Kayu Hitam dijangka bakal menerima manfaat besar apabila projek pembangunan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar NCT InnoSphere (InnoSphere) dilancarkan secara rasmi di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Delapan, Kedah Darul Aman.
Projek ini merupakan langkah penting bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi baharu di negeri Kedah, dengan memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi, penggunaan teknologi moden dan pengurusan perindustrian pintar. Pembangunan ini dijangka menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk masyarakat setempat serta meningkatkan taraf hidup penduduk.
InnoSphere yang dibangunkan oleh Northern Gateway Sdn. Bhd. (NGX) bersama NCT Group of Companies menawarkan persekitaran perindustrian pintar dengan kemudahan infrastruktur dan pengurusan serba moden. Pelancaran ini turut dianggap sebagai pencapaian penting dalam usaha menjadikan Kedah sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ASEAN.
Majlis pelancaran telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Galeri Sasana Delapan, Bukit Kayu Hitam, dengan kehadiran YAB Datoβ Seri Menteri Besar Kedah dan YB Timbalan Menteri Kewangan sebagai tetamu kehormat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1