MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN KESIHATAN MENTAL MALAYSIA CAWANGAN KEDAH & PELANCARAN BUKU “MENTAL HEALTH AND SOCIETY”.

Telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Cawangan Kedah dan Pelancaran Buku “Mental Health And Society” oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah, selaku Penaung Diraja Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, perkenan berangkat ke majlis tersebut yang berlangsung di Royal Kedah Club, Alor Setar, Kedah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah bersama Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian serta kakitangan MPSPK turut hadir serta memberikan sokongan kepada penubuhan persatuan tersebut dalam majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna.

MPSPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha murni dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam masyarakat. Semoga program seperti ini terus memperkukuh jaringan sokongan komuniti serta memupuk kesejahteraan mental di kalangan masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content