12 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah hadir ke Pejabat Jabatan Audit Negera Cawangan Negeri Kedah untuk sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kulim bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Turut hadir, Puan Che Murshiha binti Makhtar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan dan Encik Mohd Syarizal bin Ishak, Pengarah Unit Audit Dalam MPKK.

Sijil tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Audit Negeri Kedah, Puan Mazmiza binti Mihat kepada Dato’ Yang Dipertua MPKK.

Majlis Perbandaran Kulim sekali lagi menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2024, sebagai pengiktirafan atas ketelusan, kecekapan dan tadbir urus kewangan yang berintegriti.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MPKK atas komitmen tinggi dalam mengekalkan pengurusan kewangan yang cemerlang serta berdaya amanah.

#SijilAuditBersih#KewanganBerkualiti#IntegritiDalamPerkhidmatan

Skip to content