





12 Oktober 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi PLANMalaysia yang diketuai oleh Puan Gs. Lily Hamaddah binti Ramle, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Delegasi ini disambut oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, AMK., BCK Puan Setiausaha MPKK.
Sesi taklimat mengenai Permit Pembinaan Ekspres (E10) telah disampaikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim
Pengarah, Jabatan Perancangan dan Landskap. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kelulusan pelan pembangunan demi kemudahan dan kecekapan.
Lawatan diteruskan ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) untuk memperlihatkan keupayaan teknologi pengurusan dalam mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang dan pengurusan CCTV.
Semoga kerjasama dua hala ini dapat mempererat hubungan antara kedua-dua pihak dan membawa manfaat yang signifikan dalam usaha membangunkan bandar yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing.