







Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Bengkel Penstrukturan Perjawatan pada 5 hingga 7 Oktober 2025, diikuti dengan Bengkel Pelan Strategik MPKK 2026–2030 pada 8 hingga 10 Oktober 2025.
Penganjuran kedua-dua bengkel ini merupakan langkah strategik MPKK dalam memperkukuh struktur organisasi serta memperincikan hala tuju pembangunan dan pengurusan bandar Kulim bagi tempoh lima tahun akan datang.
Bengkel Penstrukturan Perjawatan memberi fokus kepada penambahbaikan struktur organisasi, penyelarasan fungsi jabatan dan pengoptimuman sumber manusia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dilaksanakan dengan lebih efisien, berkesan dan berimpak tinggi.
Manakala Bengkel Pelan Strategik MPKK 2026–2030 pula bertujuan merangka pelan tindakan jangka sederhana dan panjang yang menyeluruh, meliputi aspek pembangunan fizikal, sosial, ekonomi serta kelestarian alam sekitar, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan ke arah pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.
Pelaksanaan bengkel-bengkel ini membuktikan komitmen berterusan MPKK dalam memastikan organisasi sentiasa relevan, responsif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran pentadbiran tempatan serta memenuhi keperluan dan harapan semua pihak berkepentingan.
MPKK merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan individu yang telah memberikan kerjasama serta sumbangan idea sepanjang pelaksanaan bengkel ini. Hasil rumusan dan perancangan yang dibangunkan diharap dapat dijadikan panduan utama dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada warga Kulim.
Klik untuk gambar sekitar program
#MajlisPerbandaranKulim#MPKK#PelanStrategik2026_2030#PenstrukturanPerjawatan#TadbirUrusCemerlang#KulimSejahtera